aku ibarat manusia
yang baru belajar agama
yang baru mengenal Tuhannya
yang baru mengerti apa itu cinta
aku ini saorang pendosa
terlalu banyak khilaf dicipta
sampai rasa sempit jalannya
untuk kembali kepada yang Esa
kenapa?mengapa?limaza?
sampai kini aku tak mengerti
jalan yang mana harus ditempuhi
untuk melepasi ujian ini
jalan itu banyak lorongnya
perlu dipilih untuk diteroka
ku tak mahu lagi menambah dosa
yang masih ada pun tak terkira banyaknya
sungguh, hanya kekuatan ku pinta
supaya aku tak jatuh dan sesat sia-sia
semoga di hujung pengakhirannya
bahagia muncul untuk semua.
aku pohon untuk semua,
bukan untuk aku saorang sahaja
kerna semua,
aku diberi izin membuka mata.
.arkib 2012.
[thanks love]